GOTONG ROYONG SURAU
Nostalgia - 4
Julai 2010 ( Sabtu – 10 pagi )
Bertarikh 4 Julai 2010, gotong royong membersihkan Surau Kelisa Heights telah berlangsung setelah mendapat kunci dari En Ooi (Management Property Kelisa Heights) waktu itu. Kelihatan juga Pak Guard yang menjengah kamiyang sedang membersihkan dalam surau.
Kelihatan juga di dalam gambar ada Allahyarham Haji Khidir yang sama-sama membantu membersihkan surau.Al-Fatihah untuk Haji Khidir yang lebih dikenali sebagai Haji K… Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman.
Abang Ismail, En Sani dan Cikgu Syed tekun buat kerja. Ada gaya lah…
Abang Ismail sedang mengutip batu kecil yang tertinggal. Oops ada duit!?
Sambil berkerja sempat juga kami bersembang dan bertanya khabar. Kemesraan terjalin. Merapatkan lagi siratulrahim.
En Sani dengan tekun menyapu kotoran. Oops! Penghulu Kelisa Heights. Sekarang En Sani mempunyai satu MISI baru & berat iaitu sebagai Pengurus Kelisa Heights yang menggantikan Syarikat Robert Bench yang telah tamat kontrak. Kita yakin beliau boleh menyumbang ke arah Kelisa Heights yang harmoni & sejahtera.
Selepas gotong royong
Kini…….
Kelihatan En Fauzi sedang mengukur dan memasang karpet yang di sumbangkan oleh Puan Hajah Sharifah.
Selepas siap dipasang dan lihatlah hasilnya..
SEBELUM SELEPAS
Lihatlah
perbezaan antara sebelum dan selepas….
Kesimpulannya
Surau Kelisa Heights telah dibersihkan walaupun hanya melibatkan
beberapa orang sahaja. Ini kemungkinan disebabkan penghuni waktu itu masih belum
ramai dan mungkin juga ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Apa pun sekalung
tahniah diucapkan kepada AJK dan individu yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan terima kasih
juga diucapkan kepada individu yang menderma kain langsir dan naskah yassin
serta Al-Quran. Sumbangan-sumbangan itu sangat kami hargai.
Pada tahun ini (2012) Surau Kelisa Heights akan berwajah baru
setelah mendapat sumbangan tambahan. Kali ini sumbangan daripada isteri
Arwahyarham Haji K iaitu Puan Hajah Sharifah. Alhamdulillah Surau Kelisa
Heights mendapat karpet baru.
Wow......great! good job!
ReplyDeleteBila depa nak lantik AJK surau yang baru??
ReplyDeleteGood job, alhamdulilah..tertunggu2 jgk surau Kelisa Heights nmpak ' aktif' and alive... ;)
ReplyDelete